Sunday 25 May 2008

BANK CODE

Bank Swift Code for Malaysian Banks
By admin May 11, 2007
Thanks for jayce, here’s some Bank Swift Codes for Malaysian Banks. Its useful to know this codes as people from outside Malaysia who want to credit your local bank will need it. eg When a company in USA wants to credit your local Malaysian bank account (maybank) with money, they will need to quote MBBEMYKL.
Affin Bank Berhad = PHBMMYKLAlliance Bank Berhad = MFBBMYKLAmbank Berhad = ARBKMYKLBank Simpanan Nasional = BSNAMYKLCIMB Bank Berhad = CIBBMYKLCitibank Berhad Malaysia = CITIMYKLHong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKLHong Leong Bank Berhad = HLBBMYKLMalayan Banking Berhad = MBBEMYKLOCBC Bank Berhad = OCBCMYKLPublic Bank Berhad = PBBEMYKLRHB Bank Berhad = RHBBMYKLStandard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKLUnited Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL

Thursday 15 May 2008

Persembahan Solo Takahashi Tadashi

ni masa menikmati persembahan solo bro. tadashi mmg best..dia buat persembahan 1000 hari, hari dia persemahan utk kami ni masa hari yang ke 800 lebih kalau tk salah ermm

Beginikah keadaan Lori Sampah Negeri MAJU???




Ni lah keadaanyer lori perkhimatan angkut sampah di sebuah negeri yang dah diistiharkan sebagai negeri MAJU dulu, konon dialah negeri termaju di Malaysia, dan mendapat title negeri MAJU pertama, aku tak tau la apa indikator maju yang diorang pakai??????pada aku jauh lg la nak maju kalau lori sampah pun masih pakai lori kayu dan air sampah tu berderaiii kat atas jalan...dan jalan yang dilaluinya itu dibiarkan semerrrbakkk harummmmm
kalau nak tgk lori sampah negeri maju macam ni.....tungggu esok kita bawa gambar diaaa

Nak Cari Kameraman Yang Hilang

Bila tgk balik gamba di terpikir laks saper la kamerannya dulu, lupa..dah cuba recall tk dapat..ermm ok tak, masa ni pic di Takasyimaya Shopping Centre, Ochard Road Singapore tahun 1995 ermm gitu nostalgia gituuu


MAJLIS PERPISAHAN PENUH BERMAKNA

lebih kurang pukul 12.45 semua staff dah berkumpul, Mr. Salman jadi MC, majlis dimulakan dengan bacaan ummu al kitab al fatihah, kemudian bos bagi ucapan aluan, then kalau ikut aturcara wakil yang diraikan akan beri ucapan tup..tup kebetulan pulak masa wakil yg diraikan yang akan beri ucapan pegi tandas ke solat zohor ker tak pasti... ermm, so diminta la rakan lain yg diraikan beri ucapan, then belum juga sampai, sambil tunggu tu saya berucapla sekejap beri semangat kpd rakan yg ditinggalkan, kami semua 8 orang yang terlibat, ader yg tukar sebab naik pangkat, ada yg ditukarkan, ada yang kontrak tak sambung, dan ada yang dapat hadiah cuti belajar (aku la tu)..then abis aku berucap barulah org yg sebenar sambail dan terus bagi dia berucap la. antara yg dapat ku petik dari ucapan ex bos aku ialah " kata saidina Umar al Khattab : seandainya aku diberi peluang, sesungguhnya aku tidak akan lepaskan peluang" walaupun aku akan cakap benda yang sama, sebab benda yang sama bila diulang akan semakin mantap"(yakni bercakap tentang iman, kebesaran Allah keberkatan sunnah)..then lepas tu apa lagi acara makan diteruskan, sebelum tu doa dibacakan oleh Ustaz Imam "B" sebelum skit lagi nak makan Mr. salman ada bagi syair arab untuk orang yang berpisah,
kata Mr. Salman : "Kaifa li an ansaaak, wa anta tahya bi qalbiy, wa taskunu bi ruhiy" kemudia dia terjemahkan "bagaimna mingkin aku bisa melupakanmu, sedangkan engkau hidup dalam hatiku dan engkau bermukim dalam jiwaku" fuhhh tajammmm, pedihhh

Wednesday 14 May 2008

Bila Ceroboh orang punya

ermm kadang-kadang kita tak perasan kita ceroboh orang punya, atau kita memang tau ada orang punya tapi kita sengaja ceroboh jer, kita kata tk per la sekejap jerrr. lagi pun kita perasan (koya dlm istilah kelantan) kita hebat orang tk leh buat ape-2 kalau kita ceroboh orang punya ...maklumlah pakai kete mercedes ermm atau BMW..ye la pangkat besar kan..tp kita kena tau Allah mmg tak suka kita ceroboh hak orang, tk kira la apa pun..disamping itu org jugak marah kita ceroboh hak dia walaupun dia tk berani nk kata apa, tp dalam hati sure dia geram punya..tapi kalau ade orang yang berani menegak kan hak tengok la nanti mesti dia buat sesuatu contohnya kt bawah ni..
Ni mmg penceroboh sbb kita letak kon pun dia bantai park jugak kete dia ..akhirnya dapat dua toncang ekekeke


Tuesday 13 May 2008

Dapat surat ucapan terima kasih dari Kakak

Malam tu lepas sy janji dengan kakak nak belikan dia hp, saya terus ke warta untuk pegi survay, sambil tu saya bawaklah hp lama saya nokia 3315 yang dh lama tk dioperasikan, ntah hidup ntah kojol, dengan chasingnyer tk der, baterinyer tk der harap nanti bagi bateri baru boleh idup ermmm, so bawa la hp usang tu ke kedai.

bb: ermm u ader jual bateri 3315?
kedai : ada
bb: brapa?
kedai : u nak yg ok ke murah punya?
bb: yg ok la
kedai : rm20 kalau yg biasa rm10
bb: ok rm20 lah
bb: u ada jual chasing tk?
kedai : tgk dulu bos sikijap......ok ada ..RM10
bb: ermm ok...charger ader?
kedai : ada..rm10
bb: ok jadi..1 charger, 1 bateri, i chasing...ermm ermm chasing ni kasi rm8 dah lerr
kedai : ok la ok la
pastu sy bayar la 38, then sempat tanya kedai tu..ermm u ader simpack utk celcom tk?
kedai: sori bos kita talak itu barang..u jalan depan skit ujung tu ada kidai juai simpack..
bb: ok TQ
di kedai simpack...
bb: simpack celcom ada?
kedai : ada..yg ni RM8.50, isi dalam RM5, yg ni RM20, isi dalam 5 jgk
bb : aiks apahal ini lain harga???
kedai : yg mahal ni VIP number maa
bb: ooooo itu mcm, ok angkat yg RM 8.50 saja la, ermm ni ha pilih yg ni 0133434XXX, (ermm cantik jgk no dia)kedai : ok tQ aa
esoknya dapat surat terima kasih drp kakak ni ha

Ni ha sampul surat kakak untuk baba







ni tag nyer

terharu baba dapat surat dari kakak, pandai jugak kaka buat surat ni ...siap ada pembetulan tuuu







walau pun kakak salah eja tapi baba faham isinya " Baba Temakais Beli Talefon" kakak sepatutnya tulis "Baba Terima Kasih Beli Kakak Telefon" ermm surat ini buat baba termenung panjang...

Amani yg Kreatif


Kak Ngah buat meja jepun jadi katil utk tengok TV, sambil relax isap vico









Nampaknya idea kreatif tu dapat menarik perhatian org lain hehehe







Akhirnya idea td jadi rebutan dan perdamain terpaksa dijalan oleh hakim maka ini la hasilnya





Adik Iman terbaru dengan gaya ala tentera


ermm best nye vico











gaya mengancam iman dengan topi askar abg uda

Friday 9 May 2008

Bencana Yang Akan Menimpa Umat Akhir Zaman

Abdullah ibn Umar r.a berkata, Rasulullah saw telah menghampiri kami lalu bersabda, " Wahai muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana : semoga Allah tidak mengizinkankamu hidup untuk menyaksikannya.
1. Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya
2. Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka.
3.Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan keatas mereka
4.Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan Rasulnya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka
5.Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalah sesama mereka (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan-Hadith 4019- 2/1332)

5 PERKARA TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPA MELAINKAN ALLAH

Sesungguhnya hanya disisi Allah saja pengetahuan tentang hari Qiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada siapa yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada siapa yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesingguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal (surah Luqman ayat : 34)

Thursday 8 May 2008

Kakak, Angah, Abg Uda, adik iman

gambar ni masa diorang main kt taman rumah lama (kuarters presint 9)..kalau balik awal keje mesti diorang minta nak main taman, so kena la layan kejap..kadang-2 yg esok punya pun dah siap janji ari ni lagi..

kakak :"ba esok baba balik kul brapa?
baba : kul 5.30 ,
kakak : 5.30 tu cerah lagi ker?
baba : aa cerah lagi la kalau tak ujan..knp?
kakak : kakak rasa macam nak pegi main taman la esok boleh tk?
baba : ermm ok la kalau tk ujan, then kalau baba tk sibuk..
kakak, angah, uda : yeeeeee esok boleh main tamannnnn

waaa kalau diorang pegi mandi kolam kt presint 16 putrajaya tuhh..selagi tk sejuk biru mmg tak nak naik..kadang-2 mata sampai merah-2 baru la nak naik ermm..tapi ok kolam tu tak dalam so selamt la untuk anak-2 mandi then free, kedalaman dia sekita 0.45 meter jer...






ni anak saya no 4 adik imani masa dia umur 1 tahun..sekarang dah besor dah dah dekat 2 tahun nanti bulan 8 ni cukup dua tahun, ni lagi la manja..tak der aper-2 puan buat-2 nangis joh, banyak cakap niii, tidur lewat..tapi bangun awal ...



ini abg uda, manja jugokkkk, nagis satu kampung dengar,









ni kak ngah manja juga, pintar (cepat tangkap) so tk leh nak sembunyi-2 ngan dia ni, suka merajuk, nagis tu diam jer..tetiba kuar ari mata..











Mr Salman Belajar buat blog

wahhh ari ni kawan saya Mr salman Khan dia blajar buat blog..so macam dah dia letak, video la klip dah lebih advance drp cikgu dah ..ni la kita mau..kreatif. semoga maju jaya Mr. Salman..saya pun tk penah lg masukkan vedio nih ekkk

Monday 5 May 2008

Cerita kakak Masuk sekolah


ni hari pertama di kantin Hari pertama assembly, masih tak ada kawan






sebenarnya citer patutnyer dipublishkan awal tahun aritu lagi dek kerana bz so terpaksa la kena tunda ermm.
ni masa masa mula-mula anak sulong saya, kita panggil dia kakak ke sekolah. Semoga kakak rajin ke sekolah dan rajin baca buku. kesian kakan baba cuma sempat pegi hantar sekolah dan kelas KAFA untuk 3 hari jer then lepas tu hantar pagi then ke kelas KAFA kakak tumpang* kawan baba untuk ke KAFA.
*bayar duit minta RM30 sebulan memandangkan jaraknya cuma 1.5 kilometer jer
tak pa nanti baba beli kakak hand phone untuk supaya mudah baba nk call tanya kakak ustaz dah datang belom..kot nanti ustaz ada hal penting ker terlupa ker nanti mudah la baba ambil tindakan susulan ...

Al Hamdulillah permohonan dah lulus

syukur UKM dah terima permohonan den masuk sambung belajar, ermm ujung bulan ni dah start pendaftaran yehaaa selamat tinggal dunia kerja selama dua tahung...tak la sabar rasonye nak ke kampus ponng den dokek opis ni, macam-macam hal...kepada kawan yg ada peluang dan ruang jom la join sambung belajar ok, yg dah ader MA jom sambung Ph.D, hee selagi ada peluang freeeee jgn lepaskan ok itu prinsip den..sebenarnya den ado satu angan-angan nak tulis catatan perjalanan masa ikuti program pertukaran belia ke jopun itu ari dalam bentuk yang kreatif skit ataupun paling tidak teratur la skit yg ada kronologinya...buku catatan yang asal masih ado den simpan..cuma tk tau bila nak mula dan bagaimana nak buat ni..kena banyak khayal skit kot,

rasanya langkah awal kita kena senarai kot tempat yang kita pernah samapai tu..ok kita mulakan senaraika tempat yang kita pernah lawati ok.

1. kansai airport
2. osic osaka
3. bandar osaka
4. flea market osaka
5. ibaraki
6. kanagawa
7. shinagawa
8. yamanashi
9. yokohama
10. tokyo
11. tokyo disneyland
12. yamanako
13. shiga, kt sini banyak juga tempat ni kena cek balik catatan
14. shigaraki
15. rumah keluarga angkat

kepada rakan-2 yang segroup tu boleh la tambahkan mana tempat yang kita pergi secara group yang saya terlupa tulis kt list tu, cadang nak buat cerita skit, pastu tambah-2 la ajinomoto buat penyedap
10.

Monday 21 April 2008

OK dah Siap

ni ha lawab web biznes sementara saya, kita test market dulu tengok apa cirita

www.freewebs.com/gojiherba sila- sila la mai

atau http://gojiherba.blogspot.com hehe

Friday 29 February 2008

Antara Lagu jepun yg paling sedap aku dengar

Nama lagu ni Koibito...Mayumi itsuwa..aku tk taulah siapa penyanyi asalnyer mungkin lagu ni evergreen kt jepun..sebab Siti Norhaliza pun nyanyi lagu ni masa buat persembahan di Kedutaan Jepun KL. Best jugak suara siti..sbb memang suara dia sedap ekekeke..sajer jer postkan entry ni supaya ceria skit ekeke , pada pendapat aku lagu sedap di dengar bukan aper sebab irama dia sama ngan irama melayu jer sentuhan muzik dia lembut..bila dengar lagu-lagu macam ni teringat lagu-lagu Allahyarham Sudirman..memang menyentuh. sbb tu la Sudirman pernah memenangi penyanyi terbaik Asia.

Siti norhaliza pun pandai nyanyi lagu ni best jugak..mmg suara dia sedap

http://www.youtube.com/watch?v=TBsReyZtkBE




Saturday 9 February 2008

ni dia lagunya

RIBAIBARU-MAYUMI ITSUWA




Untk pengetahuan korang sume laguni adalah lagu tema semasa kami mengikuti program lawatan pertukaran belia malaysia jepun (Japan-Malaysian Youth Friendship Programme 2005) bila di belek-2 balik album ke jepun tu teringat la pulokk rakan seperjuangan...lagu ni best..masa ari perpisahan dengan keluarga angkat si Puan Lenny yg nyanyikan...boleh tahan jugak suara dia ermm...tapi mbak lenny nyanyikan dlm nada yg lebih slow dan sedih ermm waa waa waa
RIBAIBARU

Furishikiru ameno naka wo
ashibayani toorisugita
Natsuno hino inazumano yooni
hakanaku kieta futarino koi
Ah……. Arehodo hageshiku moeta kokoroga imawa haiirono ribaibaru
Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
Yomigaeranu kakono monogatari
Yukizurino hitonaraba
wasuraremo surukeredo
Namidagumu lassotu shiene dewa
aino fukasani kizuiteita
Ah…… arehodo yasashikatta anatano
Omokagega imawa aozameta reibaibaru
Ah……. Kurikaesudakeno omoi dewa
asuwo shiranu kakono monogatari
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa haiirono ribaibaru
Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
asuwo shiranu kakono monogatari
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa haiirono ribaibaru
Ah……. Kurikaesudakeno omoi dewa
asuwo shiranu kakono monogatari

********
REVIVAL
Di dalam gerimis hujan ini
aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih
Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.
Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai
Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu
Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival
Ah….hanya tebayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali....
sapa berminat nk dengar lagunya boleh la bagi alamat emeil kpd saya

Hebat kawan kita dr terengganu ni

salam minasan..saya ader seorang kwn blog student jepun asal gganu kite..meh kite blaja bahasa jepun ikut loghat gganu.Loghat tengganu antara loghat yg sukar difahami gak.. selain di akhirnya slalu saje di akhiri dgn --ng.. sebenarnya loghat ganu jugak byk bezanya dgn loghat kelantan wpun kami berjiran.. berjiran xsemestinya sama kan .. kelantan ngn thailand pun berjiran.. xsama pn bahse meka kan :d

First ganu hougen mempunyai byk adverb utk setiap kata sifat.. cthnya:

kecik tuek - chichai
pendek kettok - mijikai
comei lote - kawaii
mahal ge bedil - takai
dokrok cettong (lembik/lembap) - yowai
kurus khekek - yaseru
gemok debbok - futoi
panjang jenggong - nagai
senang leppeh (mudah) - kantan
susoh bedooh - muzukashi
gelap guggut - kurai
ceroh nerrang (cerah-warna or cuaca) - hare
busuk bangor - kusai
sekkat kotteng (singkat- kain) - mijikai
kerah kettong (keras) - katai
lembik kotte/lole(lembik) - yawarakai
bising bangor - urusai
senyak sunying (senyap/sunyi) - shizukaMungkin ada byk lagi sya dh xleh pk dah.. selain kata sifat utk benda.. warna2 pn kami ade adverb..

kuning siyyor - kiiroi
meroh meghang - akai
itam beletung - kuroi
putih selepuk - shiroi
kelabu kelale - gurey
Dan mungkin.. bahse yg kami gunakan juga boleh disalahertikan oleh insan2 lain..

isi borang tu slalu (isi borang tu sekarang) - moshikomi youshi wo sugu kaite kudasai
(bukan isi borang tu setiap masa eh)

katok ulak itu (pukul ulat itu) - sono mushi wo koroshite
(bukan katak wong2 tu ye)

Ahmad mmg berahi makang roti( Ahmad suke makan roti) - Ahmad san wa pan ga suki (jgn pk bukan2 psl "berahi" tu)

Tubuh maryam napok seroh sejok2 duk spital - (Badan maryam nmpk cengkung spjg di spital) - byouin ni iru aida, maryam san no karada yowasou
(bukan serah yg serah buku tu)

dan sape yg bulih translate lagu kt bwh ni : hai dozo
Machikado ga utsushi-dasu
Sabishige na shiruetto watashi yo
Sayonara no serifu ima
Shinjirarezu ni kiita

Kurakushon sae doramu no you ni
Kono mune tataki namida wo sasoi-hajimeru no rarabai

Genki wo dashite mou nakanaide
Ashita ni nareba subete kawaru wa
Genki wo dashite mou nakanaide
Atarashii kaze mukatte
Smile again

Soko nashi ni Cool-sa to
Sono ni ki ni natte ita wa

Genki wo dashite mou nakanaide
Warui koto dake tsuzukanai kara
Genki wo dashite mou nakanaide
Miageta sora ni dakarete
Smile again!

Thursday 17 January 2008

Aku kurang sabar

aku akui la antara kelemahan aku ialah sifat kurang sabar..memangla aku faham bahawa kita tidak boleh berharap untuk orang lain untuk terima pendapat kita atau cara kita, sebab setiap "individu itu adalah unik", ni aku pinjam istilah psikologi ler.., ader kelemahan tersendiri dan ada kelebihan tersendiri, dan setiap individu adalah berbeza dengan individu lain..ermmm namun jauh dari sudut hati aku, aku tetap berharap aku dan orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik, memang benar lah intisari dari Al Quran itu bahawa perasaan untuk menerima sesuatu yang baik (hidayah) tu adalah ketentuan Allah dan orang yang akan menerima perasaan untuk membuat kebaikan itu sudah dipilih oleh Allah berdasarkan beberapa kretiria, antara yang aku tahu ialah orang itu sendiri ada perasaan yang kuat untuk menerima kebaikan.

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT

"Suatu jawapan kepada seorang teman setia yang bertanya tentang kepentingan menjaga solat"

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi Huraian i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata sahabat (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” Riwayat al-Bukhari Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” Riwayat Muslim

The Mother is The Planner of The Future

Perananan Ibu dalam Memantapkan Ketahanan Keluarga
Di dalam hadits riwayah Bukhari, dinyatakan bahawa Nabi Saw pernah bersabda, “Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan ia akan ditanyai tentang peranannya sebagai pemimpin”. Di rumah suaminya, ia adalah isteri bagi suami dan ibu bagi anak-anaknya, selain itu bila ada khadimah, ia harus pandai mengarahkan dan bekerja sama sehingga rumah menjadi surga bagi penghuninya.
Banyak gelar yang diberikan kepada ibu, Al Umm robatu al bait = ibu adalah manajer, pengatur rumah, semetara kata pakar pendidikan “Al Umm madrasatul ula = ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya”. Menurut ahli bahasa “Umm = ibu, tempat kembali, yang terpenting”, dalam pengertian yang terkanduang dalam kata umm (ibu), manusia merasakan bahawa sejak kecil sampai dewasa, ibu adalah tempat kembali bila anak mendapat masalah atau kegembiraan. Ibu pula yang memegang perananan penting dalam membina pribadi anak, walaupun sebetulnya anak lahir dengan potensi untuk menjadi baik (fitrah). Ali bin Abi Thalib, mengatakan, “Bila anak kurang terpenuhi kebutuhan fisiknya tanyakan kepada bapaknya dan bila anak kurang adabnya tanyakan kepada ibunya.”
Ahli hikmah mengatakan, “Sesungguhnya di tangan pemudalah hari depan bangsa, karena anak muda masa kini adalah pemimpin di masa depan”. Ibu adalah The Planner of The Future, Ibu yang menyadari proses kehidupan, tatkala mempunyai anak ia akan menyadari bahawa anak adalah aset keluarga dan aset umat. Ada proses penumbuhkembangan yang harus ditempuh, karena merujuk kepada QS. 16:78, anak harus dididik agar menjadi manusia yang dapat memanfaatkan dan meningkatkan daya guna dan hasil guna anugerah Allah kepada manusia.
Sebagai Robatul Bait, ibu menyadari bahawa menumbuhkembangkan anak harus didukung oleh lingkungan yang kondusif, yaitu keluarga yang memiliki ketahanan ruhiyah, emosi, silaturahim, fisik, ekonomi dan sosial, yang kesemuanya terkemas dalam ajaran Islam yang tersurat dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul.
Ibu yang memegang peranan sebagai Robatul Bait dituntut untuk memiliki ketahanan ruhiyah, yaitu memiliki iman yang istiqomah dan ketaqwaan. Hal ini akan melahirkan kesabaran, keikhlasan dan kesanggupan untuk berkorban bagi keluarga, seperti korban perasaan, pikiran, tenaga dan materi. Di samping memiliki ketahanan ruhiyah, ibu harus memiliki kuantitas dan kualitas ilmu, sehingga memiliki kearifan dan kebijkasanaan dalam melaksanakan peranannya. Melalui ilmu, ibu akan tahu fenomena zaman, sehingga tahu bagaimana membentengi keluarga dan pada saat tertentu mungkin harus siap untuk turut berkiprah dalam sektor lain untuk memenuhi keperluan ekonomi.
Syarat yang harus dimiliki ibu dalam peranannya:1. Istiqomah dalam keimanan dan ketaqwaan
2. Memelihara kesinambungan hubungna dengan Allah melalui ibadah ritual
3. Memiliki akhlaqul karimah
4. Selalu mencari ilmu dan beramal
5. Memiliki emosi yang stabil
6. Memiliki kesadaran sosial
7. Visioner (berwawasan)
8. Simpati dan empati

Dalam memantapkan ketahanan keluarga, berangkat dari keikhlasan, kesabaran dan keluasan ilmu, ibu harus siap memberikan keteladanan, membimbing, memotivasi, mensupport terhadap kebaikan danbersama-sama memecahkan masalah keluarga dengan upaya dan doa.
Peranan ibu dalam mengokohkan ketahanan keluarga adalah tugas yang berat, namun karena Allah menciptakan perempuan sebagai ibu untuk memelihara kehidupan, ketahanan untuk memelihara kehidupan sudah built in dalam diri ibu.
Hanya apakah para ibu menyadari potensinya atau tidak. Tatkala ibu bisa memerankan tugasnya dengan baik, sehingga terbina keluarga yang berkualitas secara utuh dan menyeluruh, Allah telah menjanjikan imbalan-Nya (QS. 13-22, 23). Wallahu a’lam.

Oleh Hj. Lenny Oemar, Dra. M.Pd. (Masters Pendidikan) Dalam Seminar Memaknai Hari Ibu “Peranan Serta Ibu dalam Membangun Jawa Barat”
Diterjemahkan dan dikutip dari Blog Saudari Fatma Indonesia

Tuesday 15 January 2008

Kenapa perlu Fikir, Zikir, Syukur dan Sabar

Aku mulakan penulisan blog ku ini dengan Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.semoga pekerjaan kita diberkati Allah dan berjaya.
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis tapi aku tak tau bagaimana nk start.pening-pening. korang jgn la pulak bila aku tulis blog start ngan bismillah ni korang ingat aku ni apa, ini adalah sunnah baginda Nabi kita Muhammad SAW, mulakan sesuatu kerja dengan basmalah. ok balik kita kenapa perlu fikir zikir syukur dan sabar, korang agak-2 kenapa ek?
Timbul persoalan apa yang kita kena fikirkan...Pada aku apa yang kita kena FIKIR ialah apa tujuan Allah SWT hantar kita kat dunia ni, kalau kita dah tau apa tujuan kita dihantar ke dunia ni, kita kena fikir bagaimana nak jadi hamba yang taat dan menyukakan Allah, tentulah dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW, sebab Allah dah buat keputusan bahawa kejayaan seluruh ummat manusia hatta jin sekalipun hanya dengan berada dalam Agama Allah SWT yakni sejauhmana kita dapat taat perintah Allah SWT dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW tak kira lah siapa kita, miskin ke kita kaya ke kita sihat ke sakit ker susah ke senang ker gaji kecik ke gaji besar ke tua ke muda ke kita akan tetap berjaya disisi Allah SWT seandainya kita dapat taat perintah-perintah Allah dengan mengikut sunnah Nabi SAW, dan sebaliknya kita tetap gagal disisi Allah senadainya kita gagal untuk taat perintah Allah ikut sunnah Nabi SAW. then kita kena banyak ZIKIR (ingat) kan betul tujuan tersebut sebagai panduan dan juga kita kena zikir (ingat) kepada Allah yang telah hantar kita kat muka bumi ini sebagai khalifah, zikir ini sebagai tanda kita cinta Allah, selawat ke atas baginda Nabi SAW sebagai tanda kita kasihkan baginda yang telah berjuang dengan keringat, airmata bahkan dengan darah untuk menyeru umat manusia kepada Allah, istighfar atas dosa-dosa yang kita lakukan, dalam hadis dan Al Quran ada sebut supaya kita kena banyakkan zikir pada waktu pagi dan petang (wasabbihu bukratan wwa asiiila) sebenarnya zikir ni di setiap masa dan ketika dalam apa jua keadaan pun, cuma extranya lepas subuh dan asar sebab lepas dua waktu solat tersebut tidak boleh solat sunnat. Orang yang hatinya sentiasa zikir kepada Allah SWT hakikatnya hidup disisi Allah dan orang yang tidak berzikir ini hakikatnya orang yang mati di sisi Allah, zikir ini terbahagi kepada beberapa bahagian la..anataranya zikir lisan, zikir qalb, doa pun dikira sebagai zikir juga seperti doa-doa masnun (amalan harian) sebagai contoh doa makan, kita ingat Allah SWT sewaktu hendak makan, kita yakin Allah yang bagi rezeki dan doa itu sendiri sunnah Rasulullah SAW itu tandanya kita yakin dan beriman dan cintakan Baginda. Para sahabat hati mereka sentiasa berzikir kepada Allah 24 jam setiap masa setiap ketika dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja, mereka ada hubungan akrab dengan Allah SWT, 100% yakin mereka hanya kepada Allah SWT. pastu kita kena banyak SYUKUR sebab Allah dengan kasih sayang Nya telah pilih kita, pertama jadi manusia, sebab manusia tu sebaik-2 kejadian yang kedua kita kena banyak syukur lagi dan lagi sebab Allah pilih kita jadi mukmin dan muslim. kenapa kena syukur jadi muslim dan mukmin sebab hanya mukmin saja yg layak dok dalam syurga Allah (Destinasi terakhir perjalanan seorang hamba yang beriman) seterusnsya kita kena syukur dan harap lagi dan lagi dengan Allah supaya Allah pilih kita jadi Da’i yang menyambung kerja kenabian (ballighu ‘anni walau ~ayah) seterusnya kita kena banyak SABAR la jalani ujian yg Allah berikan semasa kita hidup, sebab memang Allah jadikan hidup kita penuh dengan ujian sebab Allah nak select orang yang paling baik perangai dia untuk dinilai di akhirat.(intisari surah al mulk :2)

Monday 14 January 2008

MANUSIA DAN KEGELISAHAN

Manusia tidak dapat dipisahkan dengan kegelisahan, begitu juga menusia tidak dapat dipisahkan dengan sikap terburu-buru beruntung dan bertuahlah jika seseorang diberi rezeki oleh Allah dengan rezeki Ketenangan. Sebab tahap kebahagian yang paling tinggi untuk manausia ialah mendapat jiwa/hati yg tenang.Allah berfirman"Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan saling redha meredhai, jadilah salah seorang dari hambaKU, maka masuklah kedalam syurgaKU"

4 Unsur alam dalam penggunaan gelombang radio

Gelombang atau wave adalah salah satu tanda kekuasaan dan anugerah Allah kepada manusia untuk digunakan ke jalan kebaikkan dlm pemancaran suara melalui radio terdapat 4 unsur iaitu unsur tanah, air,api dan angin/udara yg perlu umat Islam terokai.!!!unsur tanah disebut dalam istilah radio sbg grounding manakala unsur air ialah wap atau molekul air yg terkandung dlm udara yg berfungsi utk mengecas sel-sel elektron / ion yang boleh menghasilkan getaran kemudian ditukar kepada bunyi, unsur api ialah penggunaan tenaga lektrik yang dibantu dengan antenna untuk melontarkan suara yang disalurkan melalui microfon dan unsur udara sebagai ruang untuk ketiga-tiga unsur tadi bergabung dan membawa suara seseorang untuk disampaikan kepada pendengar dalam jarak yang relatif jauh yang merestasi sempadan negara. sebagai contoh dari Malaysia boleh bercakap dengan rakan yang berada di Jepun dengan menggunakan teknologi Radio tanpa wayar ini dengan menggunakan peralatan HF atau high frequency, atau peralatan VHF untuk berkomunikasi dengan rakan sejauh 200 km atau lebih bergantung kepada kuasa pemancaran dan kualiti antenna yang digunakan. Yang menariknya komunikasi tadi dijalankan tanpa perlu membayar sebarang bil.