Wednesday 28 November 2012

LIQUID GOLD

kepada sesiapa yang sudah lama mencari madu tualang asli..kini telah tiba menemui anda..sila hubungi call/sms 0199069369 untuk pesanan.

Thursday 26 July 2012

Friday 29 June 2012

Hobi baru..pertanian dan penternakan

salam, lama betul rasanya tidak update blog ni, sebenarnya hobi ni dah mula sejak tahun lepas lg, tahun lepas saya ada tanam 200 pokok pisang berangan, yang benihnya saya beli di pusat anak benih MARDI serdang, pisang-p2 saya tanam di tanah saudara saya di sg tangkas bangi, (sewa cara adik beradik) ermsetahun sy tk jenguk, sehinggakan suatu hari saudara saya call..dia kata tk nk datang kebun lg ker, pisang dah berbuah..sy apa lg terus la bersemangat semula, untuk menguruskan kebun saya tu..dan alhamdulillah la kebun tu dh berjaya saya bersihkan semula..saya da bela burung merpati 2 pasang kt situ, dan alhamdulillah sedah membiak dh jadi 8 ekor dah.. ayam serama ada sekor , ibu ayam hutan kacukan ada sekor, dan ada anak 3 ekor alhamdulillah, esok sampai lagi 15 ekor anak ayam mutiara yg baru saya order.



Sunday 25 May 2008

BANK CODE

Bank Swift Code for Malaysian Banks
By admin May 11, 2007
Thanks for jayce, here’s some Bank Swift Codes for Malaysian Banks. Its useful to know this codes as people from outside Malaysia who want to credit your local bank will need it. eg When a company in USA wants to credit your local Malaysian bank account (maybank) with money, they will need to quote MBBEMYKL.
Affin Bank Berhad = PHBMMYKLAlliance Bank Berhad = MFBBMYKLAmbank Berhad = ARBKMYKLBank Simpanan Nasional = BSNAMYKLCIMB Bank Berhad = CIBBMYKLCitibank Berhad Malaysia = CITIMYKLHong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKLHong Leong Bank Berhad = HLBBMYKLMalayan Banking Berhad = MBBEMYKLOCBC Bank Berhad = OCBCMYKLPublic Bank Berhad = PBBEMYKLRHB Bank Berhad = RHBBMYKLStandard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKLUnited Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL

Thursday 15 May 2008

Persembahan Solo Takahashi Tadashi

ni masa menikmati persembahan solo bro. tadashi mmg best..dia buat persembahan 1000 hari, hari dia persemahan utk kami ni masa hari yang ke 800 lebih kalau tk salah ermm

Beginikah keadaan Lori Sampah Negeri MAJU???




Ni lah keadaanyer lori perkhimatan angkut sampah di sebuah negeri yang dah diistiharkan sebagai negeri MAJU dulu, konon dialah negeri termaju di Malaysia, dan mendapat title negeri MAJU pertama, aku tak tau la apa indikator maju yang diorang pakai??????pada aku jauh lg la nak maju kalau lori sampah pun masih pakai lori kayu dan air sampah tu berderaiii kat atas jalan...dan jalan yang dilaluinya itu dibiarkan semerrrbakkk harummmmm
kalau nak tgk lori sampah negeri maju macam ni.....tungggu esok kita bawa gambar diaaa

Nak Cari Kameraman Yang Hilang

Bila tgk balik gamba di terpikir laks saper la kamerannya dulu, lupa..dah cuba recall tk dapat..ermm ok tak, masa ni pic di Takasyimaya Shopping Centre, Ochard Road Singapore tahun 1995 ermm gitu nostalgia gituuu


MAJLIS PERPISAHAN PENUH BERMAKNA

lebih kurang pukul 12.45 semua staff dah berkumpul, Mr. Salman jadi MC, majlis dimulakan dengan bacaan ummu al kitab al fatihah, kemudian bos bagi ucapan aluan, then kalau ikut aturcara wakil yang diraikan akan beri ucapan tup..tup kebetulan pulak masa wakil yg diraikan yang akan beri ucapan pegi tandas ke solat zohor ker tak pasti... ermm, so diminta la rakan lain yg diraikan beri ucapan, then belum juga sampai, sambil tunggu tu saya berucapla sekejap beri semangat kpd rakan yg ditinggalkan, kami semua 8 orang yang terlibat, ader yg tukar sebab naik pangkat, ada yg ditukarkan, ada yang kontrak tak sambung, dan ada yang dapat hadiah cuti belajar (aku la tu)..then abis aku berucap barulah org yg sebenar sambail dan terus bagi dia berucap la. antara yg dapat ku petik dari ucapan ex bos aku ialah " kata saidina Umar al Khattab : seandainya aku diberi peluang, sesungguhnya aku tidak akan lepaskan peluang" walaupun aku akan cakap benda yang sama, sebab benda yang sama bila diulang akan semakin mantap"(yakni bercakap tentang iman, kebesaran Allah keberkatan sunnah)..then lepas tu apa lagi acara makan diteruskan, sebelum tu doa dibacakan oleh Ustaz Imam "B" sebelum skit lagi nak makan Mr. salman ada bagi syair arab untuk orang yang berpisah,
kata Mr. Salman : "Kaifa li an ansaaak, wa anta tahya bi qalbiy, wa taskunu bi ruhiy" kemudia dia terjemahkan "bagaimna mingkin aku bisa melupakanmu, sedangkan engkau hidup dalam hatiku dan engkau bermukim dalam jiwaku" fuhhh tajammmm, pedihhh

Wednesday 14 May 2008

Bila Ceroboh orang punya

ermm kadang-kadang kita tak perasan kita ceroboh orang punya, atau kita memang tau ada orang punya tapi kita sengaja ceroboh jer, kita kata tk per la sekejap jerrr. lagi pun kita perasan (koya dlm istilah kelantan) kita hebat orang tk leh buat ape-2 kalau kita ceroboh orang punya ...maklumlah pakai kete mercedes ermm atau BMW..ye la pangkat besar kan..tp kita kena tau Allah mmg tak suka kita ceroboh hak orang, tk kira la apa pun..disamping itu org jugak marah kita ceroboh hak dia walaupun dia tk berani nk kata apa, tp dalam hati sure dia geram punya..tapi kalau ade orang yang berani menegak kan hak tengok la nanti mesti dia buat sesuatu contohnya kt bawah ni..
Ni mmg penceroboh sbb kita letak kon pun dia bantai park jugak kete dia ..akhirnya dapat dua toncang ekekeke


Tuesday 13 May 2008

Dapat surat ucapan terima kasih dari Kakak

Malam tu lepas sy janji dengan kakak nak belikan dia hp, saya terus ke warta untuk pegi survay, sambil tu saya bawaklah hp lama saya nokia 3315 yang dh lama tk dioperasikan, ntah hidup ntah kojol, dengan chasingnyer tk der, baterinyer tk der harap nanti bagi bateri baru boleh idup ermmm, so bawa la hp usang tu ke kedai.

bb: ermm u ader jual bateri 3315?
kedai : ada
bb: brapa?
kedai : u nak yg ok ke murah punya?
bb: yg ok la
kedai : rm20 kalau yg biasa rm10
bb: ok rm20 lah
bb: u ada jual chasing tk?
kedai : tgk dulu bos sikijap......ok ada ..RM10
bb: ermm ok...charger ader?
kedai : ada..rm10
bb: ok jadi..1 charger, 1 bateri, i chasing...ermm ermm chasing ni kasi rm8 dah lerr
kedai : ok la ok la
pastu sy bayar la 38, then sempat tanya kedai tu..ermm u ader simpack utk celcom tk?
kedai: sori bos kita talak itu barang..u jalan depan skit ujung tu ada kidai juai simpack..
bb: ok TQ
di kedai simpack...
bb: simpack celcom ada?
kedai : ada..yg ni RM8.50, isi dalam RM5, yg ni RM20, isi dalam 5 jgk
bb : aiks apahal ini lain harga???
kedai : yg mahal ni VIP number maa
bb: ooooo itu mcm, ok angkat yg RM 8.50 saja la, ermm ni ha pilih yg ni 0133434XXX, (ermm cantik jgk no dia)kedai : ok tQ aa
esoknya dapat surat terima kasih drp kakak ni ha

Ni ha sampul surat kakak untuk baba







ni tag nyer

terharu baba dapat surat dari kakak, pandai jugak kaka buat surat ni ...siap ada pembetulan tuuu







walau pun kakak salah eja tapi baba faham isinya " Baba Temakais Beli Talefon" kakak sepatutnya tulis "Baba Terima Kasih Beli Kakak Telefon" ermm surat ini buat baba termenung panjang...

Amani yg Kreatif


Kak Ngah buat meja jepun jadi katil utk tengok TV, sambil relax isap vico









Nampaknya idea kreatif tu dapat menarik perhatian org lain hehehe







Akhirnya idea td jadi rebutan dan perdamain terpaksa dijalan oleh hakim maka ini la hasilnya





Adik Iman terbaru dengan gaya ala tentera


ermm best nye vico











gaya mengancam iman dengan topi askar abg uda

Friday 9 May 2008

Bencana Yang Akan Menimpa Umat Akhir Zaman

Abdullah ibn Umar r.a berkata, Rasulullah saw telah menghampiri kami lalu bersabda, " Wahai muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana : semoga Allah tidak mengizinkankamu hidup untuk menyaksikannya.
1. Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya
2. Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka.
3.Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan keatas mereka
4.Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan Rasulnya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka
5.Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalah sesama mereka (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan-Hadith 4019- 2/1332)

5 PERKARA TIDAK DIKETAHUI OLEH SESIAPA MELAINKAN ALLAH

Sesungguhnya hanya disisi Allah saja pengetahuan tentang hari Qiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada siapa yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada siapa yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesingguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal (surah Luqman ayat : 34)

Thursday 8 May 2008

Kakak, Angah, Abg Uda, adik iman

gambar ni masa diorang main kt taman rumah lama (kuarters presint 9)..kalau balik awal keje mesti diorang minta nak main taman, so kena la layan kejap..kadang-2 yg esok punya pun dah siap janji ari ni lagi..

kakak :"ba esok baba balik kul brapa?
baba : kul 5.30 ,
kakak : 5.30 tu cerah lagi ker?
baba : aa cerah lagi la kalau tak ujan..knp?
kakak : kakak rasa macam nak pegi main taman la esok boleh tk?
baba : ermm ok la kalau tk ujan, then kalau baba tk sibuk..
kakak, angah, uda : yeeeeee esok boleh main tamannnnn

waaa kalau diorang pegi mandi kolam kt presint 16 putrajaya tuhh..selagi tk sejuk biru mmg tak nak naik..kadang-2 mata sampai merah-2 baru la nak naik ermm..tapi ok kolam tu tak dalam so selamt la untuk anak-2 mandi then free, kedalaman dia sekita 0.45 meter jer...






ni anak saya no 4 adik imani masa dia umur 1 tahun..sekarang dah besor dah dah dekat 2 tahun nanti bulan 8 ni cukup dua tahun, ni lagi la manja..tak der aper-2 puan buat-2 nangis joh, banyak cakap niii, tidur lewat..tapi bangun awal ...



ini abg uda, manja jugokkkk, nagis satu kampung dengar,









ni kak ngah manja juga, pintar (cepat tangkap) so tk leh nak sembunyi-2 ngan dia ni, suka merajuk, nagis tu diam jer..tetiba kuar ari mata..











Mr Salman Belajar buat blog

wahhh ari ni kawan saya Mr salman Khan dia blajar buat blog..so macam dah dia letak, video la klip dah lebih advance drp cikgu dah ..ni la kita mau..kreatif. semoga maju jaya Mr. Salman..saya pun tk penah lg masukkan vedio nih ekkk

Monday 5 May 2008

Cerita kakak Masuk sekolah


ni hari pertama di kantin Hari pertama assembly, masih tak ada kawan






sebenarnya citer patutnyer dipublishkan awal tahun aritu lagi dek kerana bz so terpaksa la kena tunda ermm.
ni masa masa mula-mula anak sulong saya, kita panggil dia kakak ke sekolah. Semoga kakak rajin ke sekolah dan rajin baca buku. kesian kakan baba cuma sempat pegi hantar sekolah dan kelas KAFA untuk 3 hari jer then lepas tu hantar pagi then ke kelas KAFA kakak tumpang* kawan baba untuk ke KAFA.
*bayar duit minta RM30 sebulan memandangkan jaraknya cuma 1.5 kilometer jer
tak pa nanti baba beli kakak hand phone untuk supaya mudah baba nk call tanya kakak ustaz dah datang belom..kot nanti ustaz ada hal penting ker terlupa ker nanti mudah la baba ambil tindakan susulan ...

Al Hamdulillah permohonan dah lulus

syukur UKM dah terima permohonan den masuk sambung belajar, ermm ujung bulan ni dah start pendaftaran yehaaa selamat tinggal dunia kerja selama dua tahung...tak la sabar rasonye nak ke kampus ponng den dokek opis ni, macam-macam hal...kepada kawan yg ada peluang dan ruang jom la join sambung belajar ok, yg dah ader MA jom sambung Ph.D, hee selagi ada peluang freeeee jgn lepaskan ok itu prinsip den..sebenarnya den ado satu angan-angan nak tulis catatan perjalanan masa ikuti program pertukaran belia ke jopun itu ari dalam bentuk yang kreatif skit ataupun paling tidak teratur la skit yg ada kronologinya...buku catatan yang asal masih ado den simpan..cuma tk tau bila nak mula dan bagaimana nak buat ni..kena banyak khayal skit kot,

rasanya langkah awal kita kena senarai kot tempat yang kita pernah samapai tu..ok kita mulakan senaraika tempat yang kita pernah lawati ok.

1. kansai airport
2. osic osaka
3. bandar osaka
4. flea market osaka
5. ibaraki
6. kanagawa
7. shinagawa
8. yamanashi
9. yokohama
10. tokyo
11. tokyo disneyland
12. yamanako
13. shiga, kt sini banyak juga tempat ni kena cek balik catatan
14. shigaraki
15. rumah keluarga angkat

kepada rakan-2 yang segroup tu boleh la tambahkan mana tempat yang kita pergi secara group yang saya terlupa tulis kt list tu, cadang nak buat cerita skit, pastu tambah-2 la ajinomoto buat penyedap
10.

Monday 21 April 2008

OK dah Siap

ni ha lawab web biznes sementara saya, kita test market dulu tengok apa cirita

www.freewebs.com/gojiherba sila- sila la mai

atau http://gojiherba.blogspot.com hehe