Thursday 17 January 2008

Aku kurang sabar

aku akui la antara kelemahan aku ialah sifat kurang sabar..memangla aku faham bahawa kita tidak boleh berharap untuk orang lain untuk terima pendapat kita atau cara kita, sebab setiap "individu itu adalah unik", ni aku pinjam istilah psikologi ler.., ader kelemahan tersendiri dan ada kelebihan tersendiri, dan setiap individu adalah berbeza dengan individu lain..ermmm namun jauh dari sudut hati aku, aku tetap berharap aku dan orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik, memang benar lah intisari dari Al Quran itu bahawa perasaan untuk menerima sesuatu yang baik (hidayah) tu adalah ketentuan Allah dan orang yang akan menerima perasaan untuk membuat kebaikan itu sudah dipilih oleh Allah berdasarkan beberapa kretiria, antara yang aku tahu ialah orang itu sendiri ada perasaan yang kuat untuk menerima kebaikan.

3 comments:

FaRuHa said...

Salam perkenalan, kunjung balas dari Faruha..mamafaris.

Sabar itu separuh dari iman.

Zareda Norman said...

salam ustat
ni zareda.. ustat kalau carik share partner nak ternak kambing tu, carik saya ek..

Mak Su said...

salam kenal ya ustat