Tuesday 15 January 2008

Kenapa perlu Fikir, Zikir, Syukur dan Sabar

Aku mulakan penulisan blog ku ini dengan Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.semoga pekerjaan kita diberkati Allah dan berjaya.
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis tapi aku tak tau bagaimana nk start.pening-pening. korang jgn la pulak bila aku tulis blog start ngan bismillah ni korang ingat aku ni apa, ini adalah sunnah baginda Nabi kita Muhammad SAW, mulakan sesuatu kerja dengan basmalah. ok balik kita kenapa perlu fikir zikir syukur dan sabar, korang agak-2 kenapa ek?
Timbul persoalan apa yang kita kena fikirkan...Pada aku apa yang kita kena FIKIR ialah apa tujuan Allah SWT hantar kita kat dunia ni, kalau kita dah tau apa tujuan kita dihantar ke dunia ni, kita kena fikir bagaimana nak jadi hamba yang taat dan menyukakan Allah, tentulah dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW, sebab Allah dah buat keputusan bahawa kejayaan seluruh ummat manusia hatta jin sekalipun hanya dengan berada dalam Agama Allah SWT yakni sejauhmana kita dapat taat perintah Allah SWT dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW tak kira lah siapa kita, miskin ke kita kaya ke kita sihat ke sakit ker susah ke senang ker gaji kecik ke gaji besar ke tua ke muda ke kita akan tetap berjaya disisi Allah SWT seandainya kita dapat taat perintah-perintah Allah dengan mengikut sunnah Nabi SAW, dan sebaliknya kita tetap gagal disisi Allah senadainya kita gagal untuk taat perintah Allah ikut sunnah Nabi SAW. then kita kena banyak ZIKIR (ingat) kan betul tujuan tersebut sebagai panduan dan juga kita kena zikir (ingat) kepada Allah yang telah hantar kita kat muka bumi ini sebagai khalifah, zikir ini sebagai tanda kita cinta Allah, selawat ke atas baginda Nabi SAW sebagai tanda kita kasihkan baginda yang telah berjuang dengan keringat, airmata bahkan dengan darah untuk menyeru umat manusia kepada Allah, istighfar atas dosa-dosa yang kita lakukan, dalam hadis dan Al Quran ada sebut supaya kita kena banyakkan zikir pada waktu pagi dan petang (wasabbihu bukratan wwa asiiila) sebenarnya zikir ni di setiap masa dan ketika dalam apa jua keadaan pun, cuma extranya lepas subuh dan asar sebab lepas dua waktu solat tersebut tidak boleh solat sunnat. Orang yang hatinya sentiasa zikir kepada Allah SWT hakikatnya hidup disisi Allah dan orang yang tidak berzikir ini hakikatnya orang yang mati di sisi Allah, zikir ini terbahagi kepada beberapa bahagian la..anataranya zikir lisan, zikir qalb, doa pun dikira sebagai zikir juga seperti doa-doa masnun (amalan harian) sebagai contoh doa makan, kita ingat Allah SWT sewaktu hendak makan, kita yakin Allah yang bagi rezeki dan doa itu sendiri sunnah Rasulullah SAW itu tandanya kita yakin dan beriman dan cintakan Baginda. Para sahabat hati mereka sentiasa berzikir kepada Allah 24 jam setiap masa setiap ketika dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja, mereka ada hubungan akrab dengan Allah SWT, 100% yakin mereka hanya kepada Allah SWT. pastu kita kena banyak SYUKUR sebab Allah dengan kasih sayang Nya telah pilih kita, pertama jadi manusia, sebab manusia tu sebaik-2 kejadian yang kedua kita kena banyak syukur lagi dan lagi sebab Allah pilih kita jadi mukmin dan muslim. kenapa kena syukur jadi muslim dan mukmin sebab hanya mukmin saja yg layak dok dalam syurga Allah (Destinasi terakhir perjalanan seorang hamba yang beriman) seterusnsya kita kena syukur dan harap lagi dan lagi dengan Allah supaya Allah pilih kita jadi Da’i yang menyambung kerja kenabian (ballighu ‘anni walau ~ayah) seterusnya kita kena banyak SABAR la jalani ujian yg Allah berikan semasa kita hidup, sebab memang Allah jadikan hidup kita penuh dengan ujian sebab Allah nak select orang yang paling baik perangai dia untuk dinilai di akhirat.(intisari surah al mulk :2)

1 comment:

Peluncur Islam said...

ana minta kebenaran utk ambik artikel anta tulis.. jazakallah.. doakn ana jgk spy dpt istiqmah dlm kerja dakwah.. ana mungkin edit jgk atau tmbah2 cikit utk letak kat blog ana.. jzakallah