Friday 9 May 2008

Bencana Yang Akan Menimpa Umat Akhir Zaman

Abdullah ibn Umar r.a berkata, Rasulullah saw telah menghampiri kami lalu bersabda, " Wahai muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana : semoga Allah tidak mengizinkankamu hidup untuk menyaksikannya.
1. Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya
2. Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka.
3.Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan keatas mereka
4.Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan Rasulnya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka
5.Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalah sesama mereka (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Fitan-Hadith 4019- 2/1332)

No comments: